Sunday, May 19, 2019

Keadaan hidup setiap orang adalah berbeza... Tiada setiap waktu kita yang menjamin masa depan tanpa sebarang usaha... Begitu juga dengan hidup aku yang perlu menghadapi pelbagai rintangan hidup... Orang tua tua dahulu selalu kata bahawa jatuh  bangun kehidupan itu membentuk diri kita... Pada mulanya aku tidak tersentak dengan penyataan orang dulu dulu... Namun setelah aku menjalan kehidupan sehingga aku mencapai umur 18 tahun telah memberi banyak pengajaran untuk aku kerana aku asyik dibuai kemewahan hidup... Pada dasarnya aku perlu sedar yang rezeki Allah itu merupakan pinjaman-Nya kepada aku bukan untuk aku berehat sambil goyang kaki bagi mengharapkan rezeki datang bergolek di depan mata aku... Sekarang aku baru sedar bahawa cara hidup aku yang sebelum ini telah banyak merugikan masa aku... Sewajarnya aku perlu bangkit semula dengan mengerah kembali keringat aku untuk mengejar semula rezeki-Nya yang luas itu... Jadi pengajaran buat diri aku adalah aku perlu yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah... Usaha lah sampai ketitisan peluh terakhir untuk mengubah nasib hidup ini kembali...😢